PROGRAM ANAK ANGKAT, HOMESTAY KAMPUNG LONEK.


Dah lama aku tak bukak blog. Fuhh. Dah bersawang jugak la blog ku ni haaa. Well. Well. Orang pemalas memang pesyen nih. Mula mula je, hangat hangat tahi ayam, lepas tu, blog kemana, entry pon kemana. Huhu. Orang nak buat blog, ekau pon nak buat jugak. Tup tup, semua benda laa, terbengkalai. Aish. Apo nak jadi.

Cewah, kemain lagi kan aku kecek nogori. Well. Well. 1 Malaysia ! Malaysia boleh. Heh.

Pstt. Psst. Aku kan nak khabor nih. Baru baru nih, aku ada join satu program anak angkat anjuran Kolej Kediaman Hibiscus, salah satu kolej kediaman yang ada dekat u aku ni haaa. Thanks to Syafiqah Yusof, my beloved classmate yang letakkan nama aku dan yemi. Wehuuu. Actually, ramai jugak la nama yang si piqah comel ni letak untuk join program ni, and disebabkan ramai sangat request nak join, so pihak pengurusan pon kena la tapis. Tapis punya tapis, just nama aku dengan yemi jek yang lekat. Hoho. Sedih jugak la, sebab takdak geng nak berhuha kat sana nanti. Yela, 3 orang jek, macam mana nak buat kecoh, aku kan pemalu ^_^  ! Tapi, disebabkan nak menghargai pengorabanan piqah, aku dengan yemi pon join la jugak, even banyak gila kerja nak buat minggu tu. Nak kena submit long report by isnin. Huh. Nak taknak, aku kena siapkan jugak hari jumaat tu, sebab takut hari ahad nanti kitorang dah penat lepas balik kem tu.Long report untuk tajuk tu pulak bagi aku sangatlah susah. Menangis jugak la nak buat, tapi takpa, aku puas hati sebab aku buat report tu dengan kudrat aku, no no copy and paste, ok. Dan tak lupa jugak, kredit to Imah, membe maktab aku sebab tolong aku serba sebanyak nak buat report nih. Thanks jugak sebab teman aku buat report nih sampai tak tido. Sebab tu aku sangat sayangkan report tu. uhukkk. Haha.

Walaupon mengantuk + penat , tapi aku excited gila lah woii woii, sebab ni first time aku join program homestay. Uhuuu. Serious cakap, aku rindu gila nak balik kampung. Iye la, tokwan dengan nenek aku semua dah takdak, so, bila raya, aku just berkumpul ramai ramai dekat rumah paklong. Tu pon bukan kampung, tak berapa nak kampung sangat lahh. Raya dah tak semeriah zaman aku kecik kecik dulu. Sangat rindu ! Sangat ! Aku teringin sangat nak balik kampung, so bila ada chance macam nih, aku pon grab la. Bukan senang ooo. Nak dapat chance macam nih. Free pulak tu. HAHA. Ya ya, saya memang kedekut ! Kehkehkeh. Wohooiii. Banyak pulak membebel kau ye. Udah udah le tu bebel. Straight to the point please ! 

Jeng jeng.
Kg lonek


Homestay Kampung Lonek, Bahau.

19-20 Mac 2011

Seronok, waa cakap luu. :)

Kat sana aku dapat macam macam pengalaman yang aku tak pernah pon buat. Huish, teruk kan aku. Wehuuu. Aku dapat mak baru jugak. Dia pengubat rindu aku dekat mama. Guys, lets me introduce, a new of mine, Pn Hjh Badariah. Seorang bekas guru besar, juga merupakan Pengerusi Homestay Kampung Lonek. Terima kasih mak. I love u lahhh. Masok lomak mak sodap eh. :) Aku dah pandai tau buat masak lemak, mak yang ajar.wehuuu. Cakap nogori pon dah boleh ,ok, ni menipu. Haha. Aku jugak dapat akak and adik instant. Huhu. Kak dayah dan jugak Ti. 


Kompang~

Aku dapat satu bilik dengan yemi. hee~

Kat sana, aku belajar cara buat dodol. Orang nogorai panggil penganan, opsss bukan penangan oke ! Lain tu. Lain. Aku jugak belajar cara nak tumbuk padi jadi emping. Masa kecik kecik dulu, pernah la juga aku pergi tengok paklong aku tumbuk padi tu nak buat emping. Tapi sekarang dah tak lagi. Temapt tumbuk t upon dah terbiar, mana ada dah orang nak tumbuk benda alah tu. Takdak dah. Semua dah tua, yang muda muda, jangan harap le. Hampeh semua. Tapi, bukan nak cakap la, lenguh kot tumbuk benda tu guna kaki. Sakit waaa cakap luu. Huh. Boleh tercabut kaki. Heh. - sangat hiperbola ini budak !
Gula merah.

Emping

Penganan~

Tumbuk emping


Goreng beras, tunggu samapi dia meletop~


Tengahari tu, kami dijemput makan dekat rumah kenduri. Weh, seronok lahh. Dah lama tak pergi kenduri. Eheeee. Seronok seronok. Dapat kenal budaya orang negeri lain. Heee. Best !
Kenduri kawen

Petang tu, kami dibahagikan kumpulan kepada 4 ! Kumpulan tu mengikut kumpulan kebudayaan yang bakal dipersembahkan malam hari. Heh heh. Aku dapat group nyanyian. Yemi pulak tarian. Si piqah pulak, pantun. Petang tu waktu syok main game bowling kelapa, tarik upih, and etc tiba tiba jek hujan lebat ! Huh. Apa lagi, main hujan laa. Seronokk . Sangat. Dah lama tak mandi hujan, masa kecik kecik dulu je kot. Kalau sekarang buat perangai lagu tu, mau dicop gila gamaknya. Huh. Syokk ooo. Hilang semua tekanan aku. heee.

Wahh. eheee

Tarik upih

Persediaan sebelum baling belon. hee

Waktu hujan ni la, kami semua terjun dalam lumpur, tangkap ikan keli. Er, kocak ikan keli ! Awww. Takut kott. Menjerit duo puloh empat jam. Huhu. Congrate lah dekat semua orang sebab ada yang berjaya tangkap 13 ekor ! Salute ahhh. Satu pengalaman yang tak kan aku lupakan. Eheee. Seronok. : ): ): )
Ikan keli. Tak dak gambar tengah kocak ikan, sebab hujan,


Balik jek rumah mak, aku dan yemi terus lari masuk bilik, mandi ! Punya la seronok main tadi sampai tak ingat baju kotor . Dah tak rupa baju dah. Penuh dengan selut. Petang tu kami tolong mak su masak sambal udang, rendang ayam dengan sayur kailan ikan masin. Sedappp. Kami semua makan banyak kot. Sangat banyak. Heee. Sementara tunggu maghrib, kami as a new family, duduk ramai ramai tengok drama korea ! Syokk ahh. Rasa macam kat rumah sendiri jek. One happy family at home. : )

Malam tu, lepas maghrib. Ada persembahan kebudayaan. Wah wah. Kemain lagi semua, pakai baju kurung bagi perempuan, naju melayu bagi lelaki. siap berpoco poco lagi cantik lahhh. Sweet sangat. Haha. Sengal kan budak nih. haha.
Dikir barat, group yemi.

Lakonan

Pantun
saya rasa saya putih laa, sekian terima kasih


Esok nya, ada senam robik dekat taman rekreasi kampung lonek before breakfast ala ala berkelah tepi sungai. Syookk. Mak, masak nasi lemak. Sodap ! HAHA. 
Hebat makcik nih

mak.

Kami semua diajar cara nak toreh getah. Pergh, first time buat kot. Eheee. Berjaya ! Boleh jadi tokey getah. Haha. Getah mahal kot. Boleh kaya den. Hahaha. Lepas tu, aku belajar pulak cara nak buat bunga hiasan dari daun getah. Elehhh. Senag je lahhh. Haha. --- tergeliat tangan weh buat benda nih, budak laki lagi kreatif, aiyookk. Malu.. heh.

Bunga getah. ni budak laki yang buat. wahhh


Tengah hari tu, kami spend banyak masa dengan mak, kami masak sambil bercerita. Seronok. Waktu nil ah, aku belajar buat masak lemak, gorang tempe celup tepung, tumbuk sambal gesek, masak lemak daun ulam asam gelugor. First time kot rasa ulam tu. rasa dia masam. Pelik, tapi sedap.Wah wah. Sedap. Semua orang makan dengan berselera gila. Mak pon sama. Rindunya mama. :( abah jugak. :(

Petang tu lepas bersalam salaman dengan semua, kami pon bertolak balik. Macam macam aku belajar kat sana. Seronok tak terkira. Gonna miss all of you guys. Lots of love. :)



p/s : umah nenek, emak kepada mak. dijadikan rumah penggambaran banyak drama dan movie. salah satu daripadanya, ialah. waris jari hantu.
Rumah.

1 comment:

Mr Specky said...

gembira melihat anda gembira. u deserve it.