Tuhan, tolonglah aku.

Lirik Judika Aku Yang Tersakiti

Pernahkah kau merasa jarak antara kita

Kini semakin terasa setelah kau kenal dia

Aku tiada percaya teganya kau putuskan

Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri

Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti

Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku

Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya

Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti

Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku

Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku

Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia


*that's you,bun bun:') *


BARU AKU SEDAR, AKU NI MANJA RUPANYA !



Hari ni hari kedua aku kerja. Aku sangat gembira sebab aku dapat kerja. First time in my life der ! Sila gelak berjemaah. Kah kah ! ok, sudah sikit.

Aku sangat seronok sebab aku rasa aku dah matang sedikit  dari lapan puloh lapan saat yang lepas. Ok la tu, ada peningkatan. Tak gitu?

Ok, berbalik pada story . KERJA. Hello guys , I dapat jadi cashier u dekat RFC ala, Radix Fried Chicken dekat first cawangan dia kat Malaysia. Ciput ja dari rumah aku. Dekat Aloq Staq mali naaa. Ok, dah normal la kan bila first time dekat tempat baru, jadi kita kena la belajar untuk adapt dengan suasana dan juga orang sekeliling yang baru. Aku sangat berbesar hati dan sangat gumbira dengan semua rakan sekerja aku, sebab mereka semua sangat baik pada aku. Begitu sabar mengajar aku itu ini. Well well. Budak baru la katakan.
Sebenarnya, tujuan sebenar aku buat entry sebab aku nak cerita problem aku. tapi bila aku pikir pikir balik. Oh no, tak jadi la pulak. Masih terlalu awal untuk aku pangkah sorang sorang, keh keh. Tunggu la bagi aku cukop seminggu, baru la nanti perangai sebenar keluar kot nanti masing masing. Sekarang ni layannnnn. Heh . doakan aku berjaya harungi suka duka kat sini, sebab aku yang pilih jalan ini. Jadi aku harus bertanggung jawab. Steady la !


P/s : kak mira, sila lah komen jangan asyik tau baca dengan kuat. malu den ! i buat entry ni ala kadar sebab tau u kempunan nak baca story dari i kan kan kan. Kah kah. Btw, i ada buat puding karamel. yummy yummy. keh keh ! Sila lah jeles !


dengan ini, iqa berbesar hati nak letak gambar akak secoet kat belog iqa. heh. sila lah bangga. :P








opssss. say no to candid !









Tadaaaa ! k mira, rumate saya ni. ehehe


















tak kira, nak jugak letak gambar ni. Cool la, minum air botol sambil berjalan, semua orang usha. keh keh keh




ps/s : aku suka gila jaga kaunter. sebab boleh jumpa banyak mamat cantik, putih mulus, sejuk mata memandang. kah kah. ok bye!

Tak kenal maka tak cinta~


Betul la kata orang tua dulu dulu. Tak kenal maka tak cinta. Bak kata omputeh pulak, Don’t judge a book by its cover. Sekarang, baru kusedar..

Masa aku mula mula daftar dekat dewan besar utem, aku dapat satu sampul surat kaler putih. Ada sticker warna merah  nak pink pink sikit dekat atas sampul tu, dia tulis TAMAN TASIK UTAMA , A-3-1-3. Pergh, baca Taman Tasik Utama, syok lagi lah, sebab tu nama hostel aku, nama macam gah, mesti lawa rumah aku ni nanti. Kekeke. Tapi yang tak syok nya. Tingkat 3 bai. Pergh, barang aku banyak bai. Beg besau. Gila, patah tulang wooo nak angkat! 

Penat jugak la nak cari hostel aku ni, berpinar pinar mata, ecehh macam kau yang bawak kan senget ! HAHA. Sampai sampai jek, aku jenguk kepala sekali. Jenguk kali kedua. Pergh. Dah macam kat kawasan rumah setinggan dah ni rupanya. Dengan banyak gila foreigner keliling. Gila lah. Macam mana nak hidup weh. Takut ooo. Tengok  mamat Nepal sengih sengih. Abang aBangla control macho. Pergh, seram sejuk. Jejak je kaki kat dalam hostel. Pergh, tangga dah macam lagi dua hari nak runtuh kan. Nak nak bila aku angakt beg aku yang besau besau gedabak tu, pergh mau runtuh jugak hari tu. Keh keh keh. Kejam gila lah kan deskritif aku nih. HAHA. Nak sampai tingkat 3, seksa wa cakap lu. Dah la tinggi ya amat. Peluh mencurah curah tok sah dok habaq la kan. Masuk je rumah, pergh nostalgic bai. Ada 3 bilik. Dua toilet. Ada dapur yang hanya ada sinki. Ada 7 buah meja dan kerusi, ada 3 katil double decker dengan 6 buah loker besi kaler kuning air. Ok,aku kira bertuah sikit la, sebab dapat bilik yang ada toilet kat dalam tu, kira master bedroom la tu. Tapi, aku rasa down gila bengong bila aku dapat katil atas. Pergh, selama aku dok asrama, tak pernah wei, aku jumpa katil dua tingkat. Nak kena turun naik tangga, aku rasa buang masa weh. Tak suka aku. Eee. Nasib baik rumate aku baik hati, nak tolog aku turunkan katil aku tu, eheee. Memang aku cakap kau. Seminggu tu, mood orientasi aku memang pergh jatuh menjunam gila bangang la. Dengan kafe tak bukak, nak makan kena pergi kedai depan jalan kaki dalam gelap. Wa memang cengeng, kol mama ngadu itu ini. Anak manja la katakan. Kah kah kah. Full stop.
Ok, dah penat gua berleter nak describe betapa teruknya perasaan aku masa first time jejak kaki dekat Taman Tasik Utama 3. 

Aku 5 orang hosmet. Dua orang dari diploma politeknik. Dua lagi lepasan SPM, nak buat diploma dekat UTeM. Lagi sorang sama dengan aku, lepasan Matrikulasi. Aku Matrix Johor, dia Matrix Kedah.

Kisah suka duka sepanjang dua sem bersama dengan budak rumah tersayang akan bersambung selepas ini.