Tak kenal maka tak cinta~


Betul la kata orang tua dulu dulu. Tak kenal maka tak cinta. Bak kata omputeh pulak, Don’t judge a book by its cover. Sekarang, baru kusedar..

Masa aku mula mula daftar dekat dewan besar utem, aku dapat satu sampul surat kaler putih. Ada sticker warna merah  nak pink pink sikit dekat atas sampul tu, dia tulis TAMAN TASIK UTAMA , A-3-1-3. Pergh, baca Taman Tasik Utama, syok lagi lah, sebab tu nama hostel aku, nama macam gah, mesti lawa rumah aku ni nanti. Kekeke. Tapi yang tak syok nya. Tingkat 3 bai. Pergh, barang aku banyak bai. Beg besau. Gila, patah tulang wooo nak angkat! 

Penat jugak la nak cari hostel aku ni, berpinar pinar mata, ecehh macam kau yang bawak kan senget ! HAHA. Sampai sampai jek, aku jenguk kepala sekali. Jenguk kali kedua. Pergh. Dah macam kat kawasan rumah setinggan dah ni rupanya. Dengan banyak gila foreigner keliling. Gila lah. Macam mana nak hidup weh. Takut ooo. Tengok  mamat Nepal sengih sengih. Abang aBangla control macho. Pergh, seram sejuk. Jejak je kaki kat dalam hostel. Pergh, tangga dah macam lagi dua hari nak runtuh kan. Nak nak bila aku angakt beg aku yang besau besau gedabak tu, pergh mau runtuh jugak hari tu. Keh keh keh. Kejam gila lah kan deskritif aku nih. HAHA. Nak sampai tingkat 3, seksa wa cakap lu. Dah la tinggi ya amat. Peluh mencurah curah tok sah dok habaq la kan. Masuk je rumah, pergh nostalgic bai. Ada 3 bilik. Dua toilet. Ada dapur yang hanya ada sinki. Ada 7 buah meja dan kerusi, ada 3 katil double decker dengan 6 buah loker besi kaler kuning air. Ok,aku kira bertuah sikit la, sebab dapat bilik yang ada toilet kat dalam tu, kira master bedroom la tu. Tapi, aku rasa down gila bengong bila aku dapat katil atas. Pergh, selama aku dok asrama, tak pernah wei, aku jumpa katil dua tingkat. Nak kena turun naik tangga, aku rasa buang masa weh. Tak suka aku. Eee. Nasib baik rumate aku baik hati, nak tolog aku turunkan katil aku tu, eheee. Memang aku cakap kau. Seminggu tu, mood orientasi aku memang pergh jatuh menjunam gila bangang la. Dengan kafe tak bukak, nak makan kena pergi kedai depan jalan kaki dalam gelap. Wa memang cengeng, kol mama ngadu itu ini. Anak manja la katakan. Kah kah kah. Full stop.
Ok, dah penat gua berleter nak describe betapa teruknya perasaan aku masa first time jejak kaki dekat Taman Tasik Utama 3. 

Aku 5 orang hosmet. Dua orang dari diploma politeknik. Dua lagi lepasan SPM, nak buat diploma dekat UTeM. Lagi sorang sama dengan aku, lepasan Matrikulasi. Aku Matrix Johor, dia Matrix Kedah.

Kisah suka duka sepanjang dua sem bersama dengan budak rumah tersayang akan bersambung selepas ini.

1 comment:

piano cloud said...

salam..nice story.. ani suka2..hihi.. btw, keep it up.. luv u n miss u...