30 HARI HIDUP SIHAT BERSAMA YEMI.



 Woot Woot. Tajuk entry tak menahan kan. Tak boleh blah. Apsal? Selama ni kau tak hidup sihat ke haaa cik atiqah ooii? Ceh laaa, dari sehari ke shari semakin sihat je aku tengok. Gelak kuat jugak hari hari. Tak pernah slow! Eehehe. *sigh.

Haha. Dah lama sebenarnya aku nak menaip pasal benda alah ni. Tapi ye la kan. Aku ni sibuk memanjang ditambah pulak idea tak datang + kemalasan petala ke lapan-puloh-lapan. Ngeee. Yemi pulak asyik dok tanya bila nak buat entry nih. Ok ok. Aku buat entry ni spesyel untuk kau yemi sayang. huh. :)

Er. Kau tau? Dulu dulu masa kat matrik. Petang petang saja lepas balik kelas, mesti aku dengan kawan kawan akan tawaf satu kmj konon konon beriadah la kan. Amek angin  petang lepas satu hari dok atas kerusi dengar lecturer berletiaQ  pasal kimia, fizik and so on. Kadang kadang kitorang lepak tepi kolam sambil bagi ikan makan. pergh. Seronok tengok ikan berebut rebut nak makan. kau tau? Ikan ikan kat kolam kmj tu mesti syok. Sebab hari hari student dok bagi dia makan. semakin gemok montok dah aku tengok ikan ikan tu suma. Phewitt. Same goes to yemi. Walaupon kitorang lain lain matrik, tapi aktiviti petang kitorang lebih kurang la, riadah. Tapi.. semenjak masuk u nih. Aish. Walaupon class tak macam kat matrik pukol 8-5 , sekali pon kami tak riadah masa sem 1. Pergh pergh. Asyik makan je kejanya. Tekanan sikit makan, seronok sikit makan lagi. Ditambah pula persekitaran hostel yang tak sesuai untuk beriadah. Argh, tak kuasa aku nak jog petang petang kat situ. Dah la penuh dengan foreigner. Mak aii. Nanti free free je depa dok cuci mata. Huh. Tak kuasa mak oii.

Naik je sem 2. Kau tau? Kat tepi hostel aku ni dah ada taman persisiran ke persiaran entah. Er hentam saja lah, lebih kurang je bunyik dia. Heh. Yang penting function tempat tu adalah untuk beriadah. Haaa. apa lagi, seronok ya amat kau tau aku dengan yemi. Ye la, dah tak payah nak kena pergi Taman Botanikal kalau nak jogging. Kat sebelah TTU ni pon dah ada. Class gitu TTU nih. Haha.

Berbalik kepada  tajuk entry. 30 HARI HIDUP SIHAT BERSAMA YEMI. Start dari minggu lepas, aku dengan yemi dah mula nak amalkan gaya hidup sihat. Ceh ceh. Konon konon dah insaf. Erk. Dah insaf oke. Haha. Macam macam jugak lah kitorang plan. Haa. List plan ada dekat bawah nih. Tadaaa. Ada yang berjaya, ada yang in progress ada jugak yang tak nampak jalan langsung. Kehkeh.

  • Jogging setiap pagi selama 30 minit before bersiap nak pergi class . WAJIB    
  • Makan malam hanya dibenarkan sebelum pukol 7. Kalau lapar jugak, makan epal.
  • Setiap pagi breakfast dekat rumah. Makan nestum or biskut. Jimat derr
  • Bawak air mineral. Air manis tak elok amalkan selalu.
  • Jangan guna lif. “Tangga, tak jadi masalah!”
  • Baca quran setiap hari. Satu page pon jadilah.
  • Er. Sahut cabaran Nana. Topup sebulan RM10.


Kehkehkeh. Setakat ni Alhamdulillah,semua berjayalah. Kecuali yang last tu. Er. Er. Topup sebulan RM10 memang tak menahan. Tapi takpa, aku nak jugak sahut cabarn tu. kalau berjaya, aku memang hebattt. Hahaha. Er. Er. Doakan aku kuat iman, terus amalkan gaya hidup sihat diatas ye because aku sekarang dalam proses berubah for a better life. Nak bersihkan hati bersih bersih. Ya. im trying my best. Wish me luck ya. :)

3 comments:

mak bedah said...

Agagaga. Topup RM10 sebulan? Erk. boleh ke kau ni..

Anonymous said...

biar betik weh. sebulan RM10. aku mcm xyakin ja. eh ingt skit kamoo pakai 2 num ya yang. RM 5 cukop ke yang.

miss untouchable said...

patutla nmpk kurus je...huhhhh...