Electric circuit dan aku. Aku dan electric circuit!


Electric electric dan electric lagi. Bukan. Bukannya rumah aku takdak electric sebab banjir. Bukan! Tapi nih electric circuit. Kau tahu? Alaaa, electric circuit yang macam kuih apam bulat bulat tu. Kehkeh. Ni tak lawak la atiqah ooii. Tak lawak. PenampaQ sedassssss! Pangggg!


Dari dulu dulu lagi aku memang allergic sikit bab electric nih. Tak tau kenapa. Kalau masa sekolah dulu dulu. Aku lebih prefer hapal buku biology tu dari study fizik! Sumpah aku cakap kau. Aku memang benci tahap gaban ah fizik nih.Jujurnya, masa dekat maktab (MRSM) dulu, cegu homeroom aku sampai kena bagi spesyel perhatian dekat aku untuk subject fizik nih, sebab aku nih memang tolol kepala lutut fizik nih, memang benci lahh aku cakap engkau. Sampailah SPM, still tak berubah jugak minat aku nih. ceh ceh ceh. Konon konon benci fizik nih terror bio lah kan. Nak jadi doctor la katakan. Elehhh. Kononnn! Last last result fizik aku lagi bagus dari result bio aku. Muahaha. Aku gelak guling guling kau tahu? Kahkahkah. Pelik gila aku, macamna laaa fizik aku boleh lagi bagus dari bio. Haaa. kan masuk matrix dah kena amek fizik. Trauma jugak ah awal awal tu. Huh. Aku memang takdak pilihan waktu tu, sebab aku dah tolak tawaran buat asasi. Nak tak nak. Aku kena amek fizik walaupon aku boleh je kalau nak tukar amek bio, tapi entah maybe dah takdir aku dengan fizik kot. Pssst pssst. Kau tahu? Waktu kat matrix ni lah, aku fall in love with fizik. Aku tak tau kenapa.Maybe, the way lecturer deliver content tu lagi berkesan kot. Sampaikan aku cakap, laaaa, kacang rupanya fizik nih. Kahkahkah. Berlagak nak mampos. Tapi betul lah. Kau tak caya, kau tanya membe matrix aku.Thats why la aku sayang kmj lebih! Kat sana lecturer sangat lah sporting and ngam dengan student! Setiap hari kau boleh dok lepak lepak buat tuto sambil makan kerepek dekat tempat dia, then malam kau boleh gi tanya soklan macam macam dekat rumah dia. Nak lepak, tidur situ pon bolehhh. Best aku cakap kau. Oh demmm. I miss my matrix life damn much.

Pssst pssst. Aku kalau melalut memang power. Kehkehkeh.
 Dan.. start dari matrix lah, ambition aku dari nak jadi doctor, terus berubah 360 darjah jadi engineer. HAHA.

Tapi kan kan kan. kenapalah kan. aku still tak boleh hadam electric circuit nih. hmm. I had tried my best to fall in love with this subject, but, I cant! Oh demmm. Sangat kuciwa anda tahu? Sob sob sob.

Sampaikan, masa sem 1 dulu. Aku dengan yemi memperuntukan study week hanya untuk electric circuit tersayang, tapi keputusannya, tak seperti yang kami harapkan. Dan circuit lah yang telah mendajalkan aku punya pointer, sob sob.Frust menonggeng kau tahu? Aku lebih rela belajar math dari belajar circuit. Lemah semangat bila nak bercakap pasal circuit.

Bila eh, aku akan power dalam subject nih. Aku dah cuba macam macam kaedah untuk mantapkan aku punya skill dalam subject nih. But still tak berjaya.kadang kadang rasa nak give up. Huh. Ada ke cara lain yang lebih berkesan? Anyone? I really need your help …… sob sob sob. Merayu nihhhh. Tunjuk ajarku sifu…



Haaaa. Yang sebelah kiri tu, bum. sebelah kanan pulak kak dila. kak dila partner lab aku sem 1. kat belakang diorang konon konon rajen buat lab report tu, arafat, tapi aku panggil dia uncle!

5 comments:

Anonymous said...

eleh. kau selalu cam tu an. ckp je ssh, tp cekang nk mampos. kau boleh pnya. bak kata kau, pelan2 kayuh!

Kau boleh la, IR ATIQAH. :)

sue. said...

ouh..budak karen ni..hee..blaja molek2 na dear..ngee

Atiqah Abidin said...

Hahaha. eh tak jugak. tapi ya la tuh. haha.

same goes to you darling. weee. :)

Scya LollitA said...

aiyo .
cik scya dulu minat engineering gak .
alih2 terpusing 360 gak ,
amek asasi law skunk nih .
hadehhh -___-

zahidah dihaz said...

rasanya memang akan ada satu subjek yang kita memang tak suka dan memang langsung tak boleh nak masuk..macam saya civil eng, semua subjek water memang lemah kepala lutut dibuatnya...tak suka air, tapi suka mandi...hehehehehehe



New entry: Team Medical Dragon 2