Dia menangis kerana diriku. sob sob


Sejak dua menjak ni aku punya tahap kesensitifan ni tinggi menggunung.Sensitif sokmo. Ada saja buat aku rasa macam nak nangis, tapi tak jugak nangis nangis. Hati aku keras ke apa benda eh? Aku sedih, tapi air mata tak boleh keluar. Terseksa oh macam tu, tak dapat nak express kesedihan dalam bentuk yang sepatutnya, kesian kan aku. Kalau nak nangis pon kejap je la kot, keluar air mata dua tiga titik, then aku tak keluar dah. Apsal ha? Aku ada penyakit ke apabenda ha? Pernah jugak aku cerita benda ni dekat membe aku, alih alih, aku yang kena gelakkan. Lepas tu malas aku nak cerita dah. Pernah jugak classmate aku cakap dia kagum dengan aku, sebab aku ni sedih ke gembira ke, aku tetap tersenyum, happy sokmo katanya. Err. Err. Entahlah,akak ,adik nak cakap lagu mana pon taktau, bukan lah tak sedih, tapi dah tak boleh nak nangis, nak buat lagu mana. Perit jadi lagu nih. Jeles tengok orang nangis. Kepuasan lepas nangis tu, SubhanaAllah, nikmatnya, tapi aku dah tak boleh rasa, Allah dah tarik ke nikmat tu dari aku? dosa aku banyak sangat kot, sebab tu jadi lagu tu? ke lagu mana? Hailaa.

Pssst. Pssstt. Minngu lepas aku buat yemi menangis. Yup. Aku buat dia nangis dalam masjid! Adoila. 
Masjid Utem

Ada satu hari tu minggu lepas, kitorang ada gap entah berapa jam entah, then kitorang pi pusat pelajar, beli Rocky Cokelat kegemaran yemi and usha usha kedai buku baru bukak before lepak masjid sementara tunggu azan zohor. Then waktu dekat masjid tu la segalanya bermula. Ok, yemi ni dia lurus orangnya. Sangat pure! Suci murni. Otak dia tak tercemar. Dia tak macam sesetengah orang yang cepat pick-up benda yang lucah kreatif. Setiap kali dia tak paham bila budak budak class cakap benda diluar dugaan, aku lah yang akan jadi subtitle untuk dia. Kesian jugak bila orang gelak dia tak gelak, takut jugak aku kalau orang cakap tak senonoh dekat dia, tapi dia tak paham. Lagi satu dia sangat allergic dengan perkataan B-E-R-A-K. Dia tak boleh dengar langsung, mesti muka dia berubah, dia geli. Hanya orang yang rapat dengan dia je yang tau benda tu. tak semua orang tau, jadi bila orang tersasul sebut benda tu, aku lah yang akan tenangkan dia. Weh, allergic dia tahap super duper. Tak boleh dengar langsung. Jadi kalau nak pi toilet, kena sebut nak buang air besar ataupon kecik depan dia. Tak boleh sebut direct walaupon ayat tu panjang. Kena jugak sebut. Dia geli.

Masa dekat masjid tu, ada membe aku tersasul sebut perkataan B-E-R-A-K depan dia. Adoilaaa. Tengah makan Rocky sedap sedap ni. Terus dia berhenti. Tutup muka sambil baring baring.Then, aku ni tetiba ja hari tu tergatal mulut nak pot pet pot pet dekat dia pasal benda nih. Aku cakap la kat dia, yang dia kena belajar terima semua nih.Bla bla bla aku bebel. Aku takmau la, orang asyik dok permainkan dia sebab dia such a lurus girl u know. Pumpang pumpang jugak la aku potpet dekat si yemi ni. Err err. Entah la aku pon tak perasan, maybe aku terkuatkan nada aku kot, and seolah olah aku marahkan dia. Adoilaa. Tup. Aku nampak bahu dia tercungkit cungkit. Esak esak, tahan nangis. Beb. Dia nangis laa. Kau paham tak, waktu tu aku memang tercenggang nak mampos, terkedu tengok yemi nangis sebab aku! Weh sedih kau tau tak tengok sahabat menangis sebab kita. Adoilaa. Kesian kau yemi, dapat kawan tak pandai nak pujuk.. Aku hanya mampu mintak maaf dan mintak dia benti menangis. Tu je aku reti buat. Aku memang buta kayu bab pujuk nih. Failed.

Ye ye. Memang yemi cakap, bukan salah aku. Ye memang yemi cakap dia nangis bukan sebab aku, tapi sebab dia sedih dia tak boleh nak adapt dengan benda tu suma. Aku tau dia dah cuba, tapi dia tak boleh.Tapi aku tetap rasa aku salah, yemi. Sebagai seorang kawan, aku patut protect kau, aku patut terima kelebihan dan kekurangan kau. Aku patut bagi kau 100% sokongan untuk kau. Tapi yemi, aku buat semua tu sebab aku sayang kau yemi. Aku tak nak tengok nanti orang permainkan kau.. You are everything to me.Semua benda dari A-Z, aku selesa kongsi dengan kau sorang je. Orang lain tak paham aku macam kau paham aku. Kat utem,aku hanya ada kau dengan housemate aku je yang selalu ada dekat aku  tak kira susah mahupon senang. 




Yemi. Aku mintak maaf sangat sangat. Aku dah buat kau sedih. Tak ,aku tak rasa kau perlu berubah untuk itu yemi. Just be who you are. You are just perfect to me. Just be yourself. I loves the way you are! Aku memang silap sebab cuba ubah kau. Entah apa kan aku ni. Aku tak nak pemikiran aku tercemar macam orang lain. Aku terima kau seadanya, seperti mana kau terima aku seadanya dengan hati ikhlas. I heart u my dear. Sayang kau sangat sangat. Sangat! 




7 comments:

Cik tikah said...

sweeetnyaaa!!! =)

Anonymous said...

Aku mrh kau jugak. kata yemi. haha

HaqitaAbidina said...

ika: Adoi. blushing.

anon: huh?

yemi taknak komen kat sini katanya, biar dia je yang tau apa komen yang sesuai. huh

Unknown said...

hahaha...everything is honest in frenship....u told her...she accept...if can't both of u should accept the fact....saling melengkapi..so sweet...lap u guys...jgn cedeyh2....wishing our frenship last foeva...wishing both of u sweet sokmo2...

HaqitaAbidina said...

Heh heh. malu la i u baca. dush. kehkehkeh. amiin. :)

Anonymous said...

both of u look great together. sorang suka gelak. sorang suka singa. dua2 hantu tempe ngn udang. nsb baik taste tak sama, kalau tdk haru biru

miss untouchable said...

q xnk kongsi ngn nurul ke????