Peraturan yang paling bodoh seumur hidup aku!


Aku dengan electric circuit memang tak boleh dipisahkan, bagai cekodok pisang dengan sambal kicap versi Johor!Ok, takdak kaitan langsung.Aku punya feel terhadap subjek ni sangat sangat la masyuk tahap petala kelapan! Serabut kepala, sambil kenyut kenyut kening bila buat tuto, hempas hempas nafas , guling atas katil tu perkara lumrah. Kalau tak bukan buat tuto circuit namanya! Tu orang panggil buat esei TITAS, ada paham? Heh.

Hari ni aku bengang gila ditambah pulak dengan darjah kepenatan yang ditahap takat didih 110 degree! Nak dijadikan cerita, sebelum cuti semester lepas, aku ada tinggalkan barang barang aku yang basic basic dekat stor hostel, barang lain semua aku dah pos gi rumah makcik. Oleh sebab hari dah suntuk dan stor tak bukak pada waktu malam, aku tinggalkan beg besar yang cantik molek kat depan pintu stor tu dengan harapan, esoknya makcik cleaner dengan baik hati akan tolong masukkan dalam stor! Dush, kau tau tak depa letak mana barang aku? Depa kunci dekat bilik TV, dan yang paling aku bengang, setiap barang yang nak dituntut discharge sebanyak RM50! Ello RM50 bai. RM 50 satu barang! Apa bongok punya denda kan, kira nak telan duit student ja kerja. Takkan la tong sampah yang aku beli RM2 pon nak kena bayar RM50? Apa kau ingat abah aku keja cop duit kat engkau? Dush, budusss. Rasa macam nak pelempang je makcik kat pejabat tu. Aku marah ni. Marah. Jangan nak naikkan darah aku ok, kang ada jugak aku bakar TTU ni kan. Haaa. Ok, aku rasa macam teraniaya gila, walaupon aku tau aku memang salah, tapi denda tu macam tak masuk akal dan mencekik darah woi! Tolol petala kelapan.Ni ke yang dikatakan nak mewujudkan “caring society didalam UTeM? Boleh pegi mampos dengan kau punya caring society, ni bukan caring tapi kering! Budusss laaaa. Aku bengang gila gila. Dah la setiap hari kelas dari pagi sampai petang, pack nak mampos, aku nak bersosial pon terbatas! Dush. Ok, aku bengang, nak tido cepat cepat. Esok pagi tak mau ingat dah pasal semua nih. Kata kata akhir dari aku, TERIMA KASIH UTEM! Anda memang terbaek woh! Dush.

2 comments:

Anonymous said...

Sabar deh. aku paham betapa bengangnya anda.

saouri said...

ha'ah...ha'ah...ha'ah...aku pon tumpang bengang kot....gilak..cenggini xyah keje best2 la...keje cam makcik tu ja...senang msyuk duit...mintak dpd student..gilak2..