Kerana Allah melihat apa yang anda lakukan. > < !


Tadaaa. Im  back ! Keh keh keh. Susah weh hidup takdak tenet. Serious tensyen ! Aku punya broadband modem rosak. Ok, orang ganas memang lagu nih. Haha. Nasib baik adeq aku baik hati bagi pinjam dia punya. Keh keh keh. Boleh jugak aku online dengan menggunakan alasan nak check result. Ekekeke. Bijak sungguh ang ! HAHA. Clever clever ! :)

OK, actually dah lama dah aku nak update entri pasal satu benda ni. Cuma keadaan tak mengizinkan. Aku tak kira, walaupon dah basi, aku nak jugak update sebab aku rasa bengang, marah, kecewa dan macam macam lagi ! Btw, before tu, selamat bercuti panjang kawan kawan. Eeheeehehe.

Yeah. Sapa tak pernah meniru, angkat tangan? Heh. mesti pernah kan.Tipu la kalau tak pernah kan, aku tak cakap pon meniru dekat mana kan. Haa. Meniru ni luas konsep dia. Ada pro and cons. Tapi, kebanyakannya berkaitan meniru ni, mesti lah yang buruk buruk belaka kan. ok, aku malas nak pot pet banyak pasal benda nih, sebab mestilah hampa hampa semua lagi pro kan. keh keh keh. 

Ok, sebenarnya aku dah lama dah pendam benda ni. Tak tahan wa cakap lu. Kalau setakat nak meniru dalam assignment sebab tak dapat jawapan,nak meniru dalam kuiz or test sebab tak sempat nak study or whateva alasan aku boleh consider lagi walaupon rasa macam nak bagi kaki. Eh, orang lain pon ada banyak kerja, tapi boleh je curi masa study, orang lain pon ada jugak tak paham sana sini, lobang sana sini, tapi ada jugak inisiatif nak usaha kambus lubang lubang tu.Tapi kau? main sedap jek nak meniru. Then lepas tu, mulalah nak cari orang yang bijak sikit, nak dok dekat, nak dok sebelah. Weh, Allah bagi otak semua sama je kot. Dia bijak sebab dia usaha. Kau?  Pemalas ! Memang la ! keh keh keh. Terasa? Haaa, bagus. Aku memang nak bagi terasa. Then lepas tu, bila dapat result, cakap tak puas hati la dengan result, rasa bersalah sebab dapat markah tinggi pon bukan hasil sendiri! Haa, sedar pon kau.Tu ok lagi, nasib baik kau sedar, ada jugak yang tak sedar diri. Dah la meniru, bukak buku lagi bai, lepas tu dapat result muka bajet bagus ! Eh, hello, kau ingat aku nak respect orang macam kau? eh, kem salam banyak banyak. Boleh blahh. Ok, sikit pon aku tak heran ok! Gi mampos la dengan kau result kau tu. Allah itu Maha Adil ye kawan kawan.

Yang paling aku menyirap sekali. Bila time final pon kau nak meniru kan ! Weh, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri weh, sakit weh mata ! sikit sikit takpa la. ni dari A-Z kau nak tanya orang, dah tu tanya lecturer lagi. Eh. Kau buat aku rasa macam nak baling kasut jek waktu tu weh. Sumpah menyirap ! Nak je aku doakan kau fail weh. Sakit hati gua bai ! Kau memang tak sayang diri sendiri kan. Kesian. Macam mana la hidup kau nanti. kesian kesian. 

Fenomena meniru yang paling dahsyat sekali aku tengok bila dekat u la. weh,sumpah before ni aku tak pernah tengok fenomena macam ni. Dulu dulu dekat sekola, matrix, masa jawab exam, semua orang nak angkat kepala pon tak berani weh. Fokus ! Dapat kertas, baca doa, terus jawab! Takdak la nak tengok kiri kanan. Bila pengawas cakap masa dah habis, baru la angkat kepala. Lepas semua kertas dah kutip, baru la berani bercakap dengan orang sebelah. Bila aku first day jawab exam dekat u. MasyaAllah, culture shock aku. Sungguh, maikn besar seseorang tu makin rendah mentality rupa rupanya. Kasihan. Sangat kasihan. Aku bukanlah baik sangat. Tapi sejahat jahat aku, senakal nakal aku, segila gila aku, tak pernah lagi la aku meniru sebab aku yakin, Allah itu ada. Dia melihat apa yang aku buat. Sebab, aku nak jadi engineer yang berguna. Memang gred itu penting,tapi apa gunanya gred tinggi tapi bukan hasil usaha sendiri. Aku bersyukur dengan result aku. walaupon tidak lah sehebat mana, tapi aku gembira dan bangga, itu hasil usaha aku.hasil titik peluh,pengorbanan aku. 

Jadi, kepada insan insan yang terasa , teruskanlah terasa. Memang tu pon niat aku. keh keh keh. Akhir kalam, sayangilah diri anda, kerana dirimu begitu berharga.:)










2 comments:

Nana Dureyna said...

Orang yg mampu 'meniru' dr hal yg baik. Pasti hidupnya akn menjadi lebih baik.

Unknown said...

haha..i like der i like...lansung tak traasa...har har har...aku pecaye pade diri ^^