IM FALLING FOR YOU. YEAH, JUST YOU.!


Anda dilamun cintan? Hmm. Eh eh. Mesti la bukan aku. Haha. Seronok aku tengok sorang membe aku nih. Aku tumpang bahagia untuk dia. Yeah. She is in love! Wow.Membe aku nih tertangkap cintan dengan sorang mamat dekat uni aku. Boleh dikatakan senior la jugak mamat nih.Dia budak fakulti sebelah fakulti aku yang tersergam indah. Bangunan warna oren menyala tu.Aku gelarkan dia Mr Kacak. Okeh ni bukan aku yang bagi, membe membe aku yang bagi. Ecece. Nama nak vogue gitu. Takpa la. Mamat tu memang kacak pon. Amek la.Hmm cara diorang kenal agak unik. Diorang belum declare apa apa lagi setakat nih, tapi dari amatan aku yeah positif respon on both side. Phewitt. Aku memang hebat bab menganalisis orang. Kehkeh.Tapi sangat fail nak analisis diri sendiri. Yeah satu tepukan gemuruh untuk aku.Aku seronok lah tengok membe aku ni, lapan-puloh-lapan-jam dia asyik dok senyum. Macam kerang busuk pon ada jugak aku tengok. Aish pantang sebut sikit benda yang ada kaitan dengan si mamat nih, aish mula lah muka nak blushing bagai, senyum senyum simpul, aish nak pecah perut aku tengok dia. Takpa la orang tengah bahagia memang lagu tu kot.Well.Dalam hati ada taman. Susah aku nak describe, dah lama tinggal bidang nih.
kucing nih aku rasa pon angau jugak

Ok, berlawanan dengan kisah bahagia nan berbunga membe aku nih.Baru baru nih masa semua orang asyik dengan study week. Aku dengan membe membe sempat la pulak bergosip, ecehh konon nak release tension belajar yang tak seberapa tuh. Kitorang bercerita pasal cinta dan kahwin. Yeah. Gatal sungguh. Tengah nak exam boleh cerita pasal nak kahwin bagai. Memang gatal. Kehkeh. Membe aku ada bercerita yang membe dia ni mungkin bakal melangsungkan perkahwinan waktu cuti semester ni*yeah sekarang la cuti tu, tapi dia dengan membe dia nih sedang berusaha untuk menggagalkan perkahwinan itu! Ok. Aku dengar pon tersentap jugak. Awat pulak sampai nak gagalkan perkahwinan bagai. Rupa rupanya. Pakwe aka bakal suami si minah nih sangat sangat lah aish. Eden memang tak berkenan orang panas baran nih. Pantang silap sikit, mesti nak melenting. Kalau si minah ni tak angkat fon, memang nahas la, kompom dapat pujian berunsur makian lapan-puloh-lapan kali. Weh. Tak angkat fon saja kot. Cuba la fikir kan, maybe si makwe dia nih tengah busy ke, tengah solat ke. Nih tau nak marah je. Yang paling terkejut, satu hari si minah ni terconteng mouse yang pakwe dia bagi,terconteng sikit je pon. Ciput je. Hanya orang byang suka belek belek, tenung tenung barang tu je yang akan perasan, kalau tak tak kan perasan punyalah. Sanggup si awek ni naik bilik dia kat tingkat 3 pi amek pemadam semata mata nak padam mouse tu, sebab takut nanti si pakwe ni marah! Wahh. Menakutkan betul. Yang paling  aku menyirap dengar, kalau bergaduh je, mesti si pakwe nih ungkit balik yang dia dah tanggung si awek dia ni belajar, semua barang barang belajar si awek ni, si pakwe nih yang tanggung. Ok, ni kes makan budi aku rasa. Weh, cinta apa kalau lagu tuh. Ok, aku tak suka guna perkataan cinta. Rasa meremang. Aku guna perkataan sayang. Boleh dak? Kalau sayang, takkan la macam tuh, bab mengungkit aku paling pantang.Tu belum kes cemburu buta. Kalau cemburu, aku tak tau pulak lagu mana. Tak sanggup nak bayang. Seram.Okeh. kadang kadang. Kaum adam sangat menakutkan aku. Panas baran.Cukup serik dengan pengalaman lalu.
perkahwinan bukan boleh buat main main

Walaupon aku dok pung pang pung pang bebel. Tapi habuk pon tak dapat. Aku dapat tau, si awek and si pakwenya ni bakal dikahwinkan hujung bulan nhi. Rancangan nak gagalkan perkahwinan mereka *untuk kebaikan mungkin, tak menjadi. Jodoh mereka sangat kuat. Dah jodoh. Apa boleh buat.itu yang buat aku bangga dengan kaum aku, tidak pernah menyukat kasih sayang hanya pada paras rupa.walaupun kadang kadang kasih sayang itu banyak membuat dia menangis. Semoga mereka bahagia hingga ke anak cucu.Amin.



p/s: ustaz aku suruh berdoa supaya dapat suami yang baik sejak dari sekarang katanya. Eh, bukan gatal. Tapi berdoa untuk masa depan yang lebih terjamin.Mari doa sama sama ya.

2 comments:

Syed Hilmi Syed Yahya said...

laki mengungkit..?? x ksah ar sape2 mengungkit time bercinta aku memang x suka,,,,klau cm 2 maknenye bukn cinta lgi dh,,,huh,,,,kecian mmbe ko 2,,,pk baik2,,,ini tentang mase dpn,,,bende ni x leh wt main2,,k...
hehe,,,itu je pendapt yg ade,,,k,,,bye,,,

hernameisatiqah said...

Haa. tau takpa weh. aku pon pantang wohh. ni membe kepada membe aku. hmm. dokan saja diorang bahagia. ujung bulan ni dah nak kawen.