MERAJUK SAMPAI DEACTIVATE FB??


Aku jenguk fb. Aku bukak blog. Aku singgah twitter. Aku download lagu. Aku download skype. Nampak tak betapa bosannya aku? Rata rata rakyat jelata fb letak status. Bosan bosan bosan. Cuti terlalu lama bagi mereka mungkin. Aku tak bosan cuti lama, sebab aku sangat malas belajar. Aku suka duduk goyang kaki sambil berangan kawen dengan putera raja! Cewah.

Aku klik most recent. Aku klik top news. Aku scroll down. Mencari status yang menarik untuk di bahan. Hmm. Takdak yang aku berkenan. Aku scroll lagi. Aku klik most recent lagi. Ada dalam 10 kali jugak aku klik. Aku scroll sampai bawah. Fb cakap ada orang tukar profile picture baru. Tak berminat. Gaya nak scroll naik atas balik. Aku nampak gambar pelik. Toing. Aku klik. Lama jugak aku tunggu. Line lembap.Dush. Ohh. Lecturer aku rupanya. Eh. Bila masa pulak aku friend dengan dia? Aku add dia ke dia add aku.*kompom kompom la aku yang add dia. Apa kejadah dia nak add aku. Okeh gambar dia dengan kekasih dia mungkin. Eh eh.Aku taknak busybody. Aku terus close tab. Huhu.

Paaap.Teringat pulak dekat sorang lagi lecturer. Agak kamcing. Sangat. Sangat sporting wohh.Haa.Sapa berkenan meh la, single lagi, metroseksual pulak tu. Elokk sangat sapa yang tengah mencari. Meh I rekomen. Opss. Sory sir! Heh.Aku godek fb. Cari profile dia. Tak ada. Aku try lagi. Tak ada jugak.Musykil.Ejaan aku salah? Tak mungkin lah. Dah masak dah nak eja nama dia. Err. Aku tanya membe yang lain. Okeh. Sama jugak. Tak dak. Sah. Kompom. Deactivated sudah. 

Oh tidakk.Sir terasa hati ke? Aduhh. Kalau tak silap aku result subjek tu, majoriti kelas tak lah teruk sangat jika nak banding dengan electric circuit. Oh no oh no. Sir jangan lah merajuk. Penat aku pikir. Sir susah nak merajuk, setakat aku kenal.Sir gelak sehari lapan-puloh-lapan-kali non stop. Sebelum jawab soklan, dia mesti gelakkan dulu.Berdekah dekah, sambil cakap, laaa, yang ni pon tak tau? Tak study lah ni!Macam mana nak jawab final! Saya tak pernah jumpa coding macam ni lagi. Kehkehkeh!Sabar jelahh.Nasib baik kau lecturer. Dush. Haha.

Ohh sir. Jangan merajuklah. Activate la balik fb tu. Paling kuat pon kitorang buat sesi membodek je. Heh.
Aku send message tanya sir melalui medium telefon bimbit. 5 minit. 10 minit. 15 minit. 20 minit. Tak reply reply.Selalu paling lewat pon 10 minit, sir akan reply. Wahh. Marah benar ya. aku beranikan diri miscall.

Duajam berlalu. Beep. Beep. Enset vibrate. 

“Hahahahahaha. Sorry, tadi  ada kursus. Wahh. Ada jugak yang prihatin. ;-) Hahaha. Elehhh.Nak buat sesi bodek membodek la tu. Awal awal lagi dah prepare. No more bodek bodek. Kahkahkah.Tu la malas belajar, berangan ja keja. ;-). U all masuk 3hb kan, see u nanti ya.Nak lock pintu pejabat. Nanti kena serbu, almaklumlah, hot. ;-) ada sesapa teringin nak ambil lagi subject ni? Mana la tau sayang subjek nih. Suka belajar. Tak mau tinggal. Huhu”

Ok. siot jek. Siap nak lock pejabat segala. Ok dah legaa. Kan dah cakap, sir tak merajuk.Heh. siap perasan hot lagi. Haaa sir, ye ye. Anda sangat hot! *bodek time.

3 comments:

Kuwe said...

senang jadi perempuan. boleh main bodek. kehkeh.

HaqitaAbidina said...

Takyah tunggu jadi pompuan. laki pon sama. kuat bodek!

miss untouchable said...

nurul thu sape Sir 2..huhu.Sir kesayangn....