Entry first aku untuk 2011. Orang malas memang lagu ni. Ini entry untuk semalam punya, tapi oleh sebab pemalas, nak klik publish pon malas, jadi hari ni kena la rajenkan diri, ye dak??


Dah masuk hari ke lima dah. Ahaha. Keja pon dah semakin mula menimbun. Hari first sem baru, dua subjek dah khatam chapter 1. Pergh masyuk punya feel, kalau macam ni la gamaknya, penghujung sem nanti mesti aku banyak waktu lapang,syllabus dah habis, so boleh la meronggeng sakan, janji duit masyuk, semua jalan. Ye dak?

Banyak yang dah berubah untuk sem ni. Macam macam berlaku waktu cuti.Kalau nak ulas satu satu. Alamatnya, lapan-puloh-lapan-tahun tak habis! Dan semuanya dapat aku atasi dengan matang. Kehkehkeh.ok, fullstop.


Kahkahkahkahkahkah. Ok, hari ni aku gelak bagai nak gila dalam class. First time dalam tahun 2011. Berdekah dekah. Non-stop. Aku dapat lecture masyuk habis. Kelakar nak mampos. Bagos, taklah ngantuk sangat bila belajar TITAS petang petang. Setiap hari pon takpa, asyik dok gelak duo-puloh-lapan-jam.

Sesi perkenalan semula yang simple, tapi menarik! Memang meletop habis class tadi. Kahkahkah. Segala rahsia turun temurun tereveal petang tadi. Woahahaha.Untuk menunjukkan peningkatan tamadun, serta meringankan bontot masing masing yang melekat dikerusi empuk fkekk,semua pelajar diminta memperkenalkan diri hadapan class! Ya, di depan class. Jeng punya rasa, nervous macam mula mula masuk tau dak? Dup dap dup dap, nak pulak kena cakap keistimewaan diri. Pergh, aku ni dah la pemalu, mana la nak tau apa keistimewaan sendiri kan. Aish! Disebabkan semua budak class aku ni otak tak pernahnya centre, macam macam benda mengarut keluar. Lucu nak mampos! Pecah perut gelak weh. Kelakar!


SITUASI 1

Pelajar 1: Saya suka bersukan. Saya suka main badminton, bola jaringgg dan jugak batu seremban… saya takut kucinggg, saya suka singa! Singa jantan! Sebab dia comelll.

*Time ni aku gelak macam nak terputus urat weh. sumpah lawak. siap nak apply lesen bela singa lagi, petang petang boleh bawak gi riadah.





 SITUASI 2

Pelajar 2: Saya tak minat minat apa apa. Saya suka semua benda. Tapi sikit sikit. Memasak sikit, melancong sikit, bersukan sikit. Semua sikitlah. Makan je banyak.
 Pensyarah: Ayah awak keja apa?
Pelajar 2: Cegu.
Pensyarah: Ayah awak mesti guru besar kan.
Pelajar 2: Tak da la besar sangatt.
Pensyarah: Ayah awak  mesti ajar sekolah rendah kan.
Pelajar 2: Tak jugak, sekolah menengah.
Pensayarah: Saya tanya sepatah, awak jawab sepatah. Sekarang saya nak saya tanya sepatah, awak jawab sepuloh patah:
Pelajar 2: Saya tak suka bercakapp! *sambil tunjuk tanda pangkah.




Semakin bertamadun budak budak class aku. Adoyai. Keep it up guys. Bagus!





p/s: Aku dah ada tempat baru nak luahkan perasaan. haha. ala ala diary gitu. tapi canggih sikit. Hahaha.


8 comments:

Anonymous said...

Saya suka bercakap dan jugak ketawa. bila saya ketawa, saya tak boleh benti. hahahahahahahaahah~
Lawak dohh

Anonymous said...

buat thumblur dgn blog tak ckp pon. ni nk mrjuk nk link dktletatak gn kau ni. asl fb? tak dak sapa pon tau psl blog ni. ishhh.

Atiqah Abidin said...

anon 1: shh. diam. pecah tembelang. haha

anon 2: Erk. apa yang cuba anda sampaikan. heee

izzat said...

first time gelak kuat non stop? Hahaha. munafik je ayat ni? Haha. bukan selalu macam tu ke? erk..

Atiqah Abidin said...

izzat: Kahkahkah. kan dah cakap 2011. heh. :)

Anonymous said...

Hahaha. kelakar gila petang tu. putus urat kentut aku gelak. hahahahaha. sewel!

btw, aku t'tanya2 jgk, kau ada papa ke dgn ariff tu? cewah2, dlm dok gaduh2 tu. so sweettt la korang. kedah johor! haha, aku bkn nk bz body ok, cuma tmpang gmbira. selama ni aku pon was2 kau ni single ke tak. kalo tk bole masuk line.haha, joke!kau tak banyak cita psl hal personal ngn dak cls. happening je memanjang. lalu sebelah laki, mesti toleh belah lain,tak pon tunduk bwh. aku respek betul iman kau. hahaha. jgn kembang!

Atiqah Abidin said...

anon 3: ok. banyak benar orang nak jadi anon. apsal ha?? mana ada kelakar, lucu lahh. haha

ngek. apsal suma asyik tanya camtu ha? oh no. apa kejadah pulak aku dengan arip ada apa apa. nonsense. dia satu kuliah dengan aku la kat matrix dulu. aish. gado sokmo, bagai anjing dengan kucing. apa yang sweetnya. haha.

kehkeh. aku single mingle lagi weh. aphal? haha.

errr. yeke? eh? aku pon tak perasan aku tengok mana. spontan. haha

Anonymous said...

oiyt. tgok wayang, tak ajak!